Tuesday, September 29, 2009

- KITAR -

- KITAR -

Di kala bintang bertembung
Rembulan termenung
Aku dilahirkan semula
Dari debu-debu dan sisa cahaya malap
Menyentak lena tidur
Para astronomer

Tendang
Berselerakan
Tengkorak monyet
Matinya untuk apa?
Ditertawa diagah dalam kolong-kolong zoo
Dan aku juga
Pernah dilahirkan disitu

Katakan juga aku pernah
Lahir didalam kantung-kantung wang kapitalis

Aku juga ingat
Pernah duduk dibangku ketua
Didalam tokong tiga maharaja
Asap dupa yang terkepung
Aku pernah lahir disitu
Diantara buah-buah labu
Dan sang unikorn pemalu

Aku juga pernah terhimpit
Diantara jarum dan urat penagih
Menelan ‘high’ sebelum tuannya
Diantara cairan heroin dan jarum picagari
Diantara khayalan dan lebih khayalan
Aku pernah lahir disitu

Dan aku tidak mau jemu
Berkali-kali musnah lahir semula
Biar diperdu ilmu
Atau jamban percuma
Aku sedia lahir disitu
Biar azab datang yang berbeda
Diantara hina dan mulia
Aku masih mahu lahir semula

-catatan John si ‘orang gila’-
-0446 Sabi Sept 26, 2009, wilayah separa sedar-

Saturday, September 19, 2009

-LEBARAN YANG ASING-

-LEBARAN YANG ASING-

Disubuh yang aman ini
Tika embun masih berbuai dihujung mimpi
Dan disetiap udara membiaskan takbir kemenangan
Dikesibukan para jemaah bersiap sampin songkok
Aku termangu-mangu menunggu giliran mandi
Mengelamun sejenak tentang kamu
Teramat indah...

Sayangnya aku perlu berasa sunyi
Dilebaran ini yang tak kan ada kenangan
Tentang warna-warna baju baru kamu
Atau panjangnya rambut kamu
Juga tidak tentang senyuman kamu
Bahkan jauh bersalaman dengan kamu
Tidak akan ada itu semua
Dan lebaran ini terasa semacam asing

Aku mencari-cari didalam kotak memori
Bicara kita tentang indahnya lebaran bersama
Atau janji berbaju sewarna
Bertukar kunjungan
Bersama makan kenyang dan minum banyak
Tika itu bicara kita berseli dengan tawa lunak kamu
Dan betapa hati aku terasa bersebelahan dengan kamu tika itu
Walau aku hanya si pemuja suara
Melafazkan puisi-puisi cinta dipembesar suara telefon

Bahgia dan indah kah lebaran kamu disana?
Ketika ini kamu yang masih mengecapi cinta
Cukup lamunan sampai disitu
Oh masa! Bergegas lah berlalu
Kerna aku teramat merindui kamu...


-catatan John si ‘orang gila’-
-subuh 6 pagi, 1 shawal, 1430 tahun hijrah, WILAYAH SEPARA GILA-



~hanya menyatakan teramat rindu. terlalu lama aku menahan, walau aku cukup sedar aku bukan lah orang yang mampu membahagiakan kamu. dan sentiasa mengharapkan kamu kembali, walau ia terlalu mustahil untuk terjadi. mungkin kamu sudah lupa terus akan aku, tetapi lain halnya pada aku...maaf, aku mungkiri janji, aku tidak bisa melupakan kamu dan tak mampu berhenti menulis puisi tentang kamu...maaf sekali lagi kerna memungkiri janji...

Thursday, September 17, 2009

-RAHSIA UNTUK ADIK KU-

-RAHSIA UNTUK ADIK KU-

Mari kemari duhai adik ku
Duduk disisi dan jangan menangis lagi
Kerana terjatuhnya gula-gula sebiji
Mari aku sapu bersih air mata mu
Dan jika kau berjanji untuk berhenti menangis
Akan ku tunjukkan satu rahsia

Sekarang berjanji kepadaku rahsia ini kita berdua
Dan pejamkan lah mata mu, hitung sampai tiga
Kini ditangan mu sebutir bintang tanpa nama
Sinar unggu memang sesuai dengan mu
Yang bersinar itu adalah keperibadian mu
Selagi cahayanya terang
Pasti kamu mampu untuk terus maju

Dengar dengan teliti
Akan ku ceritakan rahsianya pula
Rahsia ini dinamakan hakikat insani
Bintang yang ditangan mu adalah pentadbirnya
Setiap tindakan kamu tercetus pertama disitu
Dan disitu pula terjadinya kira timbal benar salah
Juga tempat lahirnya suka, duka, setiap macam perasaan
Dan jagalah kau akan sinarnya
Yang dipengaruhi setiap perhitungan mu
Jika terus cerah bersinar
Menyatakan baik pekerti mu
Dan jika malap terus padam
Sebaliknya yang itu

Kini bintang itu milik kamu
Simpan dan jagalah ia didalam dada mu
Nyatalah kamu seperti mana insan-insan lain
Dan bintang itu kini
Bernama hati…

-catatan John si ‘orang gila’-
-1558 Jumi Sept 11, 2009, wilayah separa sedar-

Tuesday, September 15, 2009

-SN-

-SN-

Bertukar senyuman mengiakan kata
Seakan sejuta tangan halus memicit tubuh
Tika tanganmu menyentuh pundakku
Hilang sudah lelah
Gugur semacam keraguan

‘Awak seorang army yang merbahaya’
‘Saya tiada senjata, saya hanya berkarya’

Terima kasih Pak Samad
Jujur dan ikhlasmu selayaknya Sasterawan Negara
Bersinarlah untuk kami
Selamanya…

-catatan John si ‘orang gila’-
-0430 Nov 05, 2009, Meru, Klang-
-Malam Moreh Puisi Dinihari III-

Sunday, September 13, 2009

- HATI YANG DIKUTUK BENCI -

-HATI YANG DIKUTUK BENCI-

i
Oh hati
Hati yang menyatakan cinta dengan gembira
Hati yang sering terpinggir dan derita
Hati yang menyimpan lambakan memori
Hati yang terus dikhianati
Hati yang terhumban menjunam
Hati ini lah didalam genggaman
Disambut dari ludahan langit koyak

Sering kali disini
Aku cuci segala kotoran perjanjian yang dimungkiri
Di mata air ini yang setia menyatakan simpati
Dan disetiap kali itulah
Kengiluan yang sama menyiat-nyiat
Menyatakan benci pada hati

ii
Mengapa perlu ada hati?
Jika hanya untuk dilontar ke langit
Dan dikutip semula setelah terhempas
Lalu kembali dilontar ke langit berharap disambut

Mengapa perlu ada hati?
Memang jika hati tidak diperlukan lagi

Menjeritlah yang termampu
Khabarkan kepada si pekak dan si buta
Katakan hati itu karut
Agar lebih mudah mereka didunia yang asing
Katakan hati itu batil
Nyatakan yang akal itulah yang sebenar

iii
Hati yang mengiakan dusta
Permainan yang sering ke arah kehancuran

iv
Oh hati rahsia rumah jiwa
Yang dulunya bergemilau
Menemani siang sepi dan malam binggar
Dan syair-syair cinta tentang kau dan bintang
Kini bergilir-gilir memanggang hati
Mengugut maut pada perasaan

Kau telah mencacatkan hati ini
Banyak yang kau bawa pergi
Setiap kunci rahsia kewarasan
Kau rompak sendi-sendi dari kehidupan
Memasong hati tanpa salah
Sementara aku terus terhapus
Dan bersatu dengan pasir-pasir sungai

v
Aku berputar-putar mencari di dimensi polos
Kearah hilangnya titik buta
Biarlah hati itu mencair ke longkang
Dan biarlah perasaan menjadi alas buntut di tandas-tandas awam
Di setiap cukupnya waktu
Aku akan tetap berangkat pergi
Meninggalkan kehangatan tipu helah
Menganuti cengkaman sejuk kebenaran
Sehingga aku menerima janji
Biarlah aku nikmati pedih perih terluka
Kerna aku telah tidak mampu tawar bisa hati ini…

vi
Oh hati yang gila…


-catatan John si ‘orang gila’-
-0159 November 01, 2009, wilayah separa sedar-

Wednesday, September 9, 2009

- PARANOIA -

-PARANOIA-

Disitu diamnya si anak yang telah tempang
Diperdu Kempas ratusan tahun
Menyendiri terpencil
Sambil mengusap ubun-ubun memujuk diri
Dan didoakan kesejahteraan keatas yang mencelakakannya

Dan didalam sedarnya
Mimpi-mimpi ngeri terus menemaninya
Dibakar seribu bongkah memori
Menjadi unggun menemani siang
Berbicaralah tentang indahnya khayalan
Yang pasti hanya khayalan mengerti bahasa sepi
Maka bicara lah pula tentang kejayaan
Biar ianya bukan tentang dirinya

Berdirilah wahai anak kecil
Jangan kau terus mencicip paranoia
Berteguh lah kepada janji untuk terus kehadapan
Biarlah peristiwa itu menjadikan kau lebih dewasa
Dan sebenarnya kau tidak pernah tertempang
Hanya sedikit calar di tandu hati

-catatan John si ‘orang gila’-
-1540 Ogos 31, 2009, wilayah separa sedar-