Friday, August 5, 2011

-SALAM RAMADHAN BUAT MALAIKAT-




-SALAM RAMADHAN BUAT MALAIKAT-



Ibu

Lahiran kukini tiga puluh

Tika lama itu juga rahim mu kutinggalkan

Kini sedang dimanjakan kesyahduan ramadhan kumenulis di udara

Tentang rindu akan bayang malaikat padamu

Lalu kuhembus sedaya perantauan

Mogamoga dikendong angin

Membisik ke kuping mu ibu

Salam ramadhan juga aku rindu



Akan kupersetankan

Lidahlidah api yang skeptikal

Maupun tak 'kan kutidur diselimut gebar nurani malu hamba manusia

Kini di kelong tiga puluh akan kumaseh menjerit rindu

Biar ku dihambat kelemahan delapan puluh

Persetan kelemahanku kerna kau tetap ibu

dan sesungguhnya aku rindu kepadamu



-catatan John si orang gila-

-selepas berbuka, ramadhan 3, Bangsar, wilayah separa sedar-