-KAPAL SELAM KU LAMA TELAH BERLABUH chapter II-
~SAUDAGAR DAN KENDERAANNYA~
Aku kemudi kapal selam ku laju
Mengharung malam-malam sendirian di lautan tanpa lampu
Horizon terbentang seluas minda
Tiada apa yang lebih besar dari idea
Dihadapan kau, aku saudagar paling berjaya
Tak mungkin aku rugi
Kerna [aku] tidak punya apa-apa
Aku hanya berdagang mimpi
Urban mencebik aku tua
Tak perlu teruja
Akulah derap mengekori detak masa
Tak perlu aku tergesa, pasti tetap aku ke destinasi
Berladang imaginasi, menuai mimpi
Akhirnya aku berjaya melintasi
Satu lagi malam sendirian di lautan tanpa lampu
Berkenderaankan kapal selam ku laju
Membawa dagangan seladang mimpi
-catatan John si ‘orang gila’-
-0120 Sabi Nov 14, 2009, wilayah separa sedar-
Saturday, November 14, 2009
-AKU MOHON PERMISI-
-AKU MOHON PERMISI-
Sepertinya semalam
Dan malam-malam sebelumnya
Aku sentiasa terperosok ke hujung ruang itu
Meninjau keluar jendela
Mencemburui seksinya gelita malam
Bersama-sama unggas bermain musik kaberet
Tetapi mengapa begitu sepi malam ini?
Tiada unggas, malah bulan bintang
Hati aku bersungguh mengecam peristiwa
Berhelai gugurnya pentomin semalam
Tanyalah sang jampuk arif kefahamannya
Bila berbicara bahasa sepi
Dan kepada sang kelawar
Yang terbang lantas terang didalam kegelapan malam
Aku bertanya lagi
Apakah pedoman-pedoman lampau
Masih mampu menghalang diri ini dari terungkai?
Dan takala persoalan kian merenggut kebebasan diri
Dimalam-malam 15 takwim hijrah
Apakah sang pungguk dapat meraikan cinta rembulan?
Pabila malam-malam pun menjelma
Aku berkhayal menemui yang teramat dirindu
Dan di penghujung fajar menyinsing
Aku setia membasuh rindu
Dan diletakkan kembali ke dalam gubuk hati
-catatan John si ‘orang gila’-
-0141 Ahi Nov 15, 2009, wilayah separa sedar-
Label: *al

Thursday, November 12, 2009
-DIE WELT STEHT KOPF- (DUNIA BERDIRI DIATAS KEPALA)
-DIE WELT STEHT KOPF-
(DUNIA BERDIRI DIATAS KEPALA)
Naga feroh
Beku diatap seramik merah
Tiba-tiba! Ketawa menyanggah
Seakan berjumpa warna
Vivid sesuap nasi; 50, mahal!
30 dan lebih murah lagi
Kuping kahak kering
3K di dinding
Juga pesing tahi, cerita juga tamak haloba
Tong sampah gergasi
Itu peti berharga
Si mondok berebut hamburger Mc Donald, gila!
Bersama doktor tauliah tokan
Mereka yang memanggil itu sampah
Relung six pack 8% alkohol
Menjerut lelumba botol dan
Akhirnya mati
Semua, ketam, sotong, ikan bilis, kotey keling si buntal abalon
Bingkas bangun si khalifah bersama wasitah
Singai teruja menggaru kayap ular dibetis keding, lantas datang naga tadi
Bercumbu dan memujuk
Seraya berkata; usah bimbang
Di laut atau di bandar juga sama
Jadi jangan kau sedar dari kemabukanmu, kerna, semua akan mati
Akhirnya...
-catatan John si ‘orang gila’-
-1630 Seli Okt 20, 2009, wilayah separa sedar-
Label: *dark prose

Tuesday, November 10, 2009
-KAPAL SELAM KU LAMA TELAH BERLABUH-

-KAPAL SELAM KU LAMA TELAH BERLABUH-
Yang ku pandang kapal selam ku jernih
Berteritip resin didalam
Terlalu lama berlabuh
Tanpa nakhoda malah kelasi
Membondong perairan secetek baldi
Naik turun sajaknya periskop
Membatasi pandangan sebesar dua puluh sen
Meneropong ke lantai lautan baldi
Berhabuk yang jernih
Semerbak sorga hangus terbakar
Belayar lah ayuh kapal selam ku jernih
Aku rindu dengung camar di kepala ku
Kembalikan sauh bawa ku ke wilayah ronda mu
Naik berasap
Turun bersama 13 bidadari
Lenyap segala ketegangan sendi
Terbakar sudah habuk sorga
Aku hembus sisa noda
Dan; sebatang lidi kontot pasti membersihkan segalanya
-catatan John si ‘orang gila’-
-0101 Rabi Nov 11, 2009, wilayah separa sedar-
Thursday, November 5, 2009
- MUSIM NATAL, DIBAWAH LANGIT RUSSIA (AKU NANTI KAU DISANA) -
- MUSIM NATAL, DIBAWAH LANGIT RUSSIA (AKU NANTI KAU DISANA) -
Puing-puing peredaran
Menuntun aku dalam pencarian
Jejak-jejak komrad
Dan kisah-kisah romantik perjuangan
Di pasca-revolusi, 2009
Memberontak aku ingin menyusuri
Jalan-jalan ‘Pembangkitan, Mac 1917’ disepanjang wilayah Petrograd
Atau gah berdiri di tasik Zurich memplagiatkan Lenin menafi berita
Cemasnya kontingensi
Aduhai korban peperangan
2009
Mungkin indah Disember disana
Salju dingin yang kini hangat
Tubuh-tubuh dibaluti mungkin baldu, kapas, kulit
Berbanding jubah-jubah kombatan yang menginkubasi reput fros
Bagaimana agaknya, jika kaki ini diperosok ke dalam but-but
Riak-riak muka kesejukan
Dibaham salju merah
Selamat tinggal seketika lahiran dan kuburan aku
Aku kirimkan diri ini ke kota merah
Dan akan aku nantikan kau disana - kapan panen Natal, dibawah langit Russia
Aku, kau, kita romantisasikan kebencian korban peperangan
Aku, kau, kita bina kedamaian
-catatan John si ‘orang gila’-
-2021 Julai 31, 2009, wilayah separa sedar-

Tuesday, October 27, 2009
-NOTA DARI BELANTARA KE PEJABAT SELESA DI KUALA LUMPUR-

-NOTA DARI BELANTARA KE PEJABAT SELESA DI KUALA LUMPUR-
"Apa kahabar komrad?"
"Akan kah kita masih berjabat tangan?
Atau boleh kah kita duduk didalam satu simposium?"
"Kolar mu putih dan aku di belantara berlumpur
Oleh itu; maaf, hanya pembungkus belacan yang ada untuk berutusan
Perlu berjimat ruang, sehingga waktu itu...
Viva la self-revolution..."
-catatan John si 'orang gila'-
-2239 Kami Okt 22, 2009, dari dalam belantara-
Tuesday, October 20, 2009
-PENDULUM SI ROS TUA- (a memoir of Zaoufia)
-PENDULUM SI ROS TUA-
(a memoir of Zaoufia)
Ros yang lebih sekadar meniti
Pudar menelan warna
Tegar ke akhir sisa di bulavar itu
Memamir otot-otot kendur
Dibawah langit tahun santa
Geseran roda trem kotaraya
Soundtrack serakah
Kehidupan radikal helaian ringgit
Duri yang langsung hilang bisa
Duri patah
Siulan ritma masa
Pendulum kian terkunci di titik graviti;
Estetika yang dilucut rejim usia
Lorong yang kini sesak-[tiada tempat untuknya]
Cahaya terkalih dari neon
Membahasakan selamat jalan ros merah
Nama mu pasti
Hilang
Dalam gema megalomania pemandu
Dan rempit kotaraya
Tanpa dikenang jantan miang; oportunis ala SS
Reputasi yang tiada disanjung
Nilai dagangan yang merundum
Mengepal memoir di wilayah nafsu
Kontrak sulit mu kini hampir tamat
Maka, ku kirimkan satu poskad;
‘Best of luck, selamat memulakan hidup baru’
-catatan John si ‘orang gila’-
-0008 Sabi Okt 11, 2009, Kuala Lumpur-

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)