Tuesday, October 27, 2009

-NOTA DARI BELANTARA KE PEJABAT SELESA DI KUALA LUMPUR-



-NOTA DARI BELANTARA KE PEJABAT SELESA DI KUALA LUMPUR-

"Apa kahabar komrad?"

"Akan kah kita masih berjabat tangan?
Atau boleh kah kita duduk didalam satu simposium?"

"Kolar mu putih dan aku di belantara berlumpur
Oleh itu; maaf, hanya pembungkus belacan yang ada untuk berutusan
Perlu berjimat ruang, sehingga waktu itu...
Viva la self-revolution..."

-catatan John si 'orang gila'-
-2239 Kami Okt 22, 2009, dari dalam belantara-

Tuesday, October 20, 2009

-PENDULUM SI ROS TUA- (a memoir of Zaoufia)

-PENDULUM SI ROS TUA-
(a memoir of Zaoufia)

Ros yang lebih sekadar meniti
Pudar menelan warna
Tegar ke akhir sisa di bulavar itu
Memamir otot-otot kendur
Dibawah langit tahun santa
Geseran roda trem kotaraya
Soundtrack serakah
Kehidupan radikal helaian ringgit

Duri yang langsung hilang bisa
Duri patah
Siulan ritma masa
Pendulum kian terkunci di titik graviti;
Estetika yang dilucut rejim usia
Lorong yang kini sesak-[tiada tempat untuknya]
Cahaya terkalih dari neon
Membahasakan selamat jalan ros merah

Nama mu pasti
Hilang
Dalam gema megalomania pemandu
Dan rempit kotaraya
Tanpa dikenang jantan miang; oportunis ala SS
Reputasi yang tiada disanjung
Nilai dagangan yang merundum
Mengepal memoir di wilayah nafsu
Kontrak sulit mu kini hampir tamat
Maka, ku kirimkan satu poskad;
‘Best of luck, selamat memulakan hidup baru’

-catatan John si ‘orang gila’-
-0008 Sabi Okt 11, 2009, Kuala Lumpur-

Saturday, October 17, 2009

-LA LUTTE POUR SURPASSER-

-LA LUTTE POUR SURPASSER-

Raung...bentak...protes!
Maseh ada
Cawat besi
Ngilu membatas kemut
Aku tidak bisa bermula
Lolong, bebaskan mangganya...kamu...atau sesiapa...

-catatan John si ‘orang gila’-
-1252 Seli Okt 13, 2009, wilayah separa sedar-

-PETER PAN DAN WENDY-

-PETER PAN DAN WENDY-

Kau kata
Kau cinta aku
Iya, kau cinta
Itu yang kau kata
Kau mahu limpas ke angkasa
Dongeng cinta perkasa
Kata kau; hiburkan aku yang sedang sepi
Bawa aku terbang pergi

Kau kata
Aku Peter Pan dan kau Wendy
Tika malam
Terbang, terbang, terbang
Terbang tinggi-tinggi
Dan tika kita terbang bersama
Kau terlalu teruja
Kau melihat semua
Kau mahu semua
Kau lupa tentang Peter Pan dan Wendy
Kau lupa [yang] kita harus kembali
Akhirnya aku yang pulang sendiri

Esoknya kau kata lagi
Aku tak setia
Meninggalkan kau sendirian di angkasa
Sedang waktu itu kau alpa
Tidak cukup kunang-kunang kau kejar bintang
Tidak cukup bumi rahsia langit kau terokai

Sekarang kau kata lagi
Kau tidak lagi mau jadi Wendy
Tidak mahu dengar tentang Peter Pan
Itu nenabobokan si anak kecil
Dan kau lantas berlari pergi
Ke arah bintang dan langit tinggi

Ah! Terserah saja!
Kerana aku pasti
Sejauh mana imiginasi cinta
Tidak pernah kau bawa aku mengembara bersama
Dan tidak kau perduli
Bahwa sebenarnya kau yang meninggalkan aku disini
Sementara dongeng Peter Pan dan Wendy
Hanya lah alasan untuk kau
Menggapai bintang angkasa tinggi...

-catatan John si ‘orang gila’-
-0237 Khami Sept 18, 2009, wilayah separa sedar-

Thursday, October 15, 2009

-PEMBOHONG SASTERA-

-PEMBOHONG SASTERA-

Ketirisan angin
Setajam asid pencuci longkang
Mengakis muka demi muka
Menelanjangkan misteri
Sastera; selamanya
Meniru percakapan alam
Dalam gaya pelanggaran norma
Kata-kata...
Membangkit nafsu
Terus berdusta dengan perisai
Kata-kata...
Menusuk ke dalam dalam;
Yang anehnya,
Masih terus mengia
Pembohongan alam sastera
Oleh si tukang
Kata-kata; itu lah aku,
Terburuk dari Danssenach...

-catatan John si ‘orang gila’-
-1949 Rabi Okt 14, 2009, wilayah separa sedar-

Monday, October 12, 2009

-LA COMPETITION D'UN RETARDE-

-LA COMPETITION D'UN RETARDE-

Jelas setia
Merobek pelepah camar
Menghentikan pesta luncur kayangan
Pasti bersih dada-dada langit
Kashmir yang membutakan matahari
Untuk laluan bidadari
Si filusuf hedonis
Terus menggilap
Arca-arca dewa
Dengan tetes keperihan
Aku persembah
Colok dagingku
Dapatkah khabarku dibalkoni sorga?
Nyala bara dan terus menghimpit duka
Untuk bidadari...untuk bidadari...

-catatan John si ‘orang gila’-
-1307 Seli Okt 13, 2009, wilayah separa sedar-

Friday, October 9, 2009

-KU SYUKURI BENCANA MU-

-KU SYUKURI BENCANA MU-
(balasungkawa jiwa yang dimamah bencana gempa)

Telah dari kecil
Diri ini
Secara separa sedar muram mencerca
Bencana itu celaka
Merampas yang hidup
Memusnah yang terbina
Dan dimana kah tuhan?
Dengan robohnya mesjid-mesjid
Tertanamnya kuil-kuil atau terbakarnya gereja-gereja
Nyawa-nyawa berhembus tanpa rela
Ladang-ladang musnah dan domba yang dibaham alam
Ibu meratapi anak dan sebaliknya

Kabut itu
Melelahkan jasad dan jiwa
Sehingga aku terbakar sendiri
Didalam semangat kemanusiaan
Angkuh mendabik dalam keakuan
-Aku berkuasa
-Aku yang punya
-Aku lah segalanya
Hingga aku lupa akan DzatMu ya Rabbi
Besarnya nikmat Mu
Dibalik tabir halus bencana
Api itu yang mengumpulkan semangat
Tanah itu yang menemukan [umat] manusia
Air itu yang merapatkan benua
Angin itu yang menyatukan suara
Dan gegaran itu yang menghimpunkan satu doa

Aku, kau, kita yang alpa
Lupa siapa tuhan dan siapa hamba
Hingga terlalu lama merunguti bencana
ya Rabbi, teguhkan kami
Kembalikan kelestarian diri

-catatan John si ‘orang gila’-
-2022 Jumi Okt 09, 2009, wilayah separa sedar-