Wednesday, January 20, 2010

-KITAR II-

-KITAR II-

Terusir dari sorga
Aku terdampar di pintu bumi
Sedang lahir ku dalam ratapan
Penceraian kehangatan rahim
Lalu aku jumpa damai
Diantara buah tetek ibu
Maka dengan apa tuhan?
Yang mampu aku cagarkan
Demi mengelak janjijanji kemusnahan
Dan pengusiran

Dengan apakah erti
Aku bermahkotakan ruitruit sitrus
Menanggalkan keselesaan baju kebesaran
Untuk menginsut penuh jerih
Menbiarkan onak ranjau meratah tubuh
Dan menganut hitam kekejaman
Semata menonton perbalahan dunyawi
Tika aku terhempas dari kendong ibu
Mengelak elak dalam celaru

Awan gemawang
Menyampainyampai khabar muslihat
Dalam bingar akustika
Terngiang sabdasabda kegelapan-'pasti saja bisa aku terus berdiri'
Menceraikan tubuh ini ke semua arah
Berlenang dipermainkan
Konotasi janjijanji dunia
Aku leka

Aku mahu mungkir
Aku mahu bermukah dengan janji
Aku mahu mati dan hidup kembali
Terus...dan lagi...

-catatan John si ‘orang gila’-
-0032 Rabi Jan 20, 2010, wilayah separa sedar-

No comments:

Post a Comment