Saturday, January 23, 2010

-ZEN, THE ESSENCES-

-ZEN, THE ESSENCES-

"Be the water, my friends
Be in no form
Let yourself shapes into anything
Be like the water
When the water in a cup, it becomes the cup
When in a bottle, it becomes the bottle
When the water in teapot, then a teapot shall it becomes
It flows or it crashes
Be the water, my friends
And adapt...
This is the philosophy behind zen"

-Lǐ Zhènfān a.k.a Lǐ Xiăolóng a.k.a Lee Jun Fan a.k.a BRUCE LEE-
-27 November 1940 – 20 July 1973-

Wednesday, January 20, 2010

-KITAR II-

-KITAR II-

Terusir dari sorga
Aku terdampar di pintu bumi
Sedang lahir ku dalam ratapan
Penceraian kehangatan rahim
Lalu aku jumpa damai
Diantara buah tetek ibu
Maka dengan apa tuhan?
Yang mampu aku cagarkan
Demi mengelak janjijanji kemusnahan
Dan pengusiran

Dengan apakah erti
Aku bermahkotakan ruitruit sitrus
Menanggalkan keselesaan baju kebesaran
Untuk menginsut penuh jerih
Menbiarkan onak ranjau meratah tubuh
Dan menganut hitam kekejaman
Semata menonton perbalahan dunyawi
Tika aku terhempas dari kendong ibu
Mengelak elak dalam celaru

Awan gemawang
Menyampainyampai khabar muslihat
Dalam bingar akustika
Terngiang sabdasabda kegelapan-'pasti saja bisa aku terus berdiri'
Menceraikan tubuh ini ke semua arah
Berlenang dipermainkan
Konotasi janjijanji dunia
Aku leka

Aku mahu mungkir
Aku mahu bermukah dengan janji
Aku mahu mati dan hidup kembali
Terus...dan lagi...

-catatan John si ‘orang gila’-
-0032 Rabi Jan 20, 2010, wilayah separa sedar-

Tuesday, January 19, 2010

-5 PULUH JUTA-

-5 PULUH JUTA-

Setiap butiran 5 puluh juta aspal memohon kematian mu
Dan helaian 5 puluh juta daun pepohonan bertasbih celaka
Lalu rakyat dungu
Telah pun kini cerdik
Maka apa lagi?
Berundur dan bertanggung jawab lah
Bayarlah dengan kematian mu

-catatan John si ‘orang gila’-
-1715 Seli Dis 22, 2009, wilayah separa sedar-

-SAAT DUNIA TERHENTI-

-SAAT DUNIA TERHENTI-

Kasih ku
Tidak sejauh tiga purnama
Tidak pula sedekat pancaindera melihat

Dan biar lah puisi ini berkisar penyesalan ku

Kau payah didekati
Menelan rahsia kepada diri
Jauh dari pemahaman ku
Gelita derita yang kau lalu
Tidak juga aku mengerti
Kasih ku kau lihat dengan penuh benci
Kesesalan merasuk gubuk kalbu
Tika aku tidak percaya
Yang Empunya menitah jiwa
Kau kempali kepada Kekasih mu
Bersama Nya di wilayah abadi

Kini kau di maya rega
Telah kau tinggalkan dunia fana
Tak mampu ku titipkan rindu
Al~Fatehah
Sekadar menambah bekalan disana

-rehat dengan aman, NAA DFM-
-catatan John si ‘orang gila’-
-0322 Sabi Jan 02, 2010, Puchong-

Friday, January 8, 2010

-TABU HAPAT-

-TABU HAPAT-

Bandar ini memerlukan kutu embun
Juga

Aku Kamu Mereka Wang Dadah Alkohol Musik Pergaduhan Perempuan-perempuan Laki-laki Bong ‘Pertunjukan harimau’ CK Aspal Biara Ceti

Agar malam-malam disini lebih indah berwarna
Hanya ada benci dan suka
Tiada sempurna atau kurang sempurna

-catatan John si ‘orang gila’-
-1444 Ahi Okt 11, 2009, wilayah separa sedar-

-INGATAN AMBANG DEKAD-

-INGATAN AMBANG DEKAD-

Aku tunggang ke mana saja arah angin liar
Berjubahkan sebelah gelita manusia
Berhembus api nafasku
Dan kuda si apocalypse yang dipinjamkan
Aku gadai demi damai

Biarlah aku simpan
Tahuntahun kemusnahan garis panduan beralibi
Tika marhaen berperi sugul dan sedih
Melolong dalam kesunyian kosong
Cakapcakap manusia berperi serigala
Tanpa mengenang dialog yang tinggal ingatan sundal

Esok yang masih kabur
Bermain janji berwarnawarni
Janji janji janji terus lagi janji
Gambaran [indah] terpana menggoda
Sudah kah kau lupa?
Kau adalah parasit menghisap intipati dunia
Dan aku adalah arwah hari ini,
Yang lahir hanya dikala hari bertukar semalam
Sayang, kau dapat bercumbu asmara dengan ku
Hanya dalam kenangan mu...

-catatan John si ‘orang gila’-
-2255 Rabi Jan 06, 2009, wilayah separa sedar-

Wednesday, January 6, 2010

-HADIRKAH KAU DISANA? (SPAM~JOHO)-


-HADIRKAH KAU DISANA? (SPAM~JOHO)-

Terlihat roh sendiri berbaris menyertai perarakan semangat muda mudi johor GILA seni. Dendangan demi dendangan diperdengarkan memberitahu ketibaan masa. ya, masa yang mengingatkan tentang sungai yang mengalir arus keintelektualan dalam seni telah semakin kering.

Bukan kah ini puncanya kita berbondongbondong disini?
Di JOHO tanah Johor?
Bukah kah kita disini menagih janji?
Di JOHO tanah Johor?
Bukan kah kita mahu memuaskan serakah seni disini?
Di JOHO tanah Johor?
Bukan kah kita sedang menghirup setiap tetes seni dirembes kepala muda mudi?
Di JOHO tanah Johor
Bukan kah kita telah tertagih sekarang?
Bukan kah kita di JOHO tanah Johor?

Aku lihat mindaminda terlahir dari pandangan lensa, *Flash! Flash!Flash! dalam aneka warna gelap hitam retorik bercakap perjuangan dengan sendirinya. Irama pak tua lapuk pernah dicebik ;boo!tak cool dengan sendiri diperakui jiwajiwa berontak yang terkumpol bersama haba lembab dari badan berdeodoran. Digesekgesek naluri malu perakui setanding herotan bunyi sang violin. Dan hummpfff... Wangian para bidadari sekala melegakan nostril yang ditentang pelbagai odor. Aku tak kesah, aku kenal akan bau didalam ceruk berkaca ini. Bau yang menceritakan pelbagai keresahan gelisah masyarakat, bau antara hembusan nafas harmoni musika, akustik berimpak. Bau karya budaya anak muda.

Disebalik dinding kelalang ini, ratusan merungut gagal kehadapan. Hadirin cuba khusyuk biar diluar linkungan, apa yang dihambur si tegar bersenjata pembesar suara. Si tegar beraneka wadah perjuangan menuju entiti sama ~ masok!masok!masok! masuk kan seni dalamdalam jiwa kamu. Dan solo, lagi solo trompet sexafon akustik lebih akustik. Tidak kah itu sedikit melegakan?

Selesaikah hutang lama? Hilangkah dahaga? Terisikah kekosongan minda tahun baru bermula? Masa telah hilang kepercayaan nya, jika tidak tentu aku dapat multiple orgasme. Resah lagi, sedikit telah lega dan ucapanucapan tahniah!congrats!sudah lewat!aku blah!chow!jumpa lagi!u guys rawk! berlegarlegar di ruang udara berembun Teluk Danga.

Maaf dunia, aku tak mampu halang kebangkitan mereka...

-catatan John si ‘orang gila’-
-0315 Ahi Jan 03, 2010, wilayah separa sedar-