Tuesday, October 20, 2009

-PENDULUM SI ROS TUA- (a memoir of Zaoufia)

-PENDULUM SI ROS TUA-
(a memoir of Zaoufia)

Ros yang lebih sekadar meniti
Pudar menelan warna
Tegar ke akhir sisa di bulavar itu
Memamir otot-otot kendur
Dibawah langit tahun santa
Geseran roda trem kotaraya
Soundtrack serakah
Kehidupan radikal helaian ringgit

Duri yang langsung hilang bisa
Duri patah
Siulan ritma masa
Pendulum kian terkunci di titik graviti;
Estetika yang dilucut rejim usia
Lorong yang kini sesak-[tiada tempat untuknya]
Cahaya terkalih dari neon
Membahasakan selamat jalan ros merah

Nama mu pasti
Hilang
Dalam gema megalomania pemandu
Dan rempit kotaraya
Tanpa dikenang jantan miang; oportunis ala SS
Reputasi yang tiada disanjung
Nilai dagangan yang merundum
Mengepal memoir di wilayah nafsu
Kontrak sulit mu kini hampir tamat
Maka, ku kirimkan satu poskad;
‘Best of luck, selamat memulakan hidup baru’

-catatan John si ‘orang gila’-
-0008 Sabi Okt 11, 2009, Kuala Lumpur-

1 comment:

  1. Salam hormat dan rahayu.

    pabila insan mencarek adat, pasti orang umum bilang dia gila. Wujudnya gila itu kerana ia terikat pada ruang dan waktu.Justeru terhasilnya peristiwa.

    Bicarawahyu.

    ReplyDelete