Saturday, May 16, 2009

- MENGINTAI 'MATI' -

- MENGINTAI ‘MATI’ -

Mungkin benar aku seperti berok emas
Pelik dan tak punya teman
Seorang siluman, seekor siluman sundal

Selama kini aku menipu aku
Dengan dakyah aku telah bebas
Dan betapa kasihannya aku
Dan betapa benci akan aku
Hidup aneh yang aku pikir sempurna
Selama kini aku bernafas

Aku ingin bebas
Tanpa kebergantungan, tanpa perlu berharap
Mencari harta, mencari jiwa, mencari tempat didalam dunia
Tanpa perlu itu semua

Imej pantulan cermin begitu jijik
Perlukah aku toreh mengubah objek yang menjadi imej?
Bagi membebaskan aku
Melalui torehan 'kecil'
Dari dahi ke belakang leher
Dari kiri ke kanan cuping

Aku perlu ‘bunuh’ diri ini
Dan berhenti hidup di masa lampau…

-catatan John si ‘orang gila’-
- 0111 Mei 17, 2009, wilayah separa sedar-

Wednesday, May 13, 2009

- TERBAIK, HITAM -

- TERBAIK, HITAM -



Aku bukan seorang pahlawan
Tidak aku mendabik memartabatkan bangsa
Tetapi aku tidak mencebik perihal kau
Yang donggengnya ampuh dijalan ke wilayah sorga
Itu satu daerah kepunyaan kau yang tak aku ceroboh


Hak kau
Kerana aku bukan pelampau


Terkadang aku termanggu
Memikirkan tiada nilai ‘bil hal’ dihati kau
Yang dizahirkan cermin badan kau, itulah batin kau
Akan hadirkah perasaan berkasih,
Ketika itu perihal engkau?
Mahukah keliling kau patuh,
Sebegini perlakuan kau?


Mungkin itu semua perdajalan perasaan aku sendiri,
Itulah halnya yang menggongkong tenggorok aku.
Dari berbiadab mencemuh kau.
Tetapi aku kira, hanya emosi yang kalah ditijak aku


Biarkan aku yang separa sedar kerna akal aku masih waras…





- catatan John si 'orang gila' -
- 2115 April 26, 2009, wilayah separa sedar -

- PUISI UNTUK AL -

- PUISI UNTUK AL -

Sekejap pandang
Kau pun menghilang
Termenung suria menanti silihnya bulan
Walaupun terlalu dekat
Tetapi tidak berselisih bulan dan suria
Melainkan waktunya gerhana

Adakah aku terlepas waktu itu?
Atau aku yang terlalu bodoh
Mengisi gerhana dengan pengalaman suram silam yang tak berguna?
Atau alpa dengan cahaya yang seketika
Lalu telupa akan keindahan cinta kegelapan…

Kau jauh menandingi aku

Hanya rumput dendalion di bawah teduhan gaharu
Yang berharga

Aku perlu akan teduhan kau
Dan biarlah aku memperagakan bayang kau nan seketika
Yang menaung aku yang melata

Tangan aku tak pernah disambut
Biar berdepa, biar kejung tendon aku
Namun ;

Tidak pernah ada yang sambut
Hina benar tangan ini
Sopak
Kudis
Fungus
Hanyir

Tapi aku syukuri kehinaan tangan ini
Betapa pun jijik,
Biarpun tak pernah kau sambut

Dan aku sentiasa sedar
Aku kecil…

-catatan John si 'orang gila'-
-1445 Disember 22, 2008, wilayah separa sedar-

- hari-hari gembira -



Semangat untuk terus hidup masih lagi berada ditahap optimum. Dalam kekalutan waktu yang berlalu laju tanpa hairan untuk menoleh ke belakang, setiap hari aku akan bertambah umur.

'Apa yang kamu kerjakan didunia akan dibalas dengan adilnya di hari pembalasan'.

Sentiasa aku ingat, dan sentiasa itu juga perasaan gementar menyelinap ke segenap pelusuk unjuran urat dan pembuluh darah. Makin tambahnya ketuaan, makin kegelisahan mendidih. Tetapi entah, dan diikuti dengan helaan nafas yang panjang...

Hebat, seharusnya hari-hari tua yang sentiasa mendatang mengajar kita menjadi semakin dewasa dan semakin terasah ketajaman minda bagi membuat pertimbangan yang rasional dan sewajarnya. Mungkin permulaan hari pertambahan usia aku pada tahun ini dilihat sedikit ganjil. Bangun dari tidur ditengah-tengah kumpulan lelaki separuh bogel (hanya berseluar tanpa baju) yang masih tidur merengkot kesejukan dek angin belahan kipas siling diwaktu pagi. Apa yang lebih ganjil untuk memulakan hari pertambahan usia selain dari perkara diatas? Aku bangun mengusap muka dan menenyeh mata yang masih kelat. Tidur selama kurang satu jam bagi menggantikan tidur malam, adalah satu idea yang tidak sihat. Simptom-simptom sakit pinggang, murung, air kencing menjadi sedikit kotor warnanya, kecelaruan, fatik, dan 'moody' akan seharian menemani anda selesai sahaja tidur yang kurang daripada satu jam.

Tugas memasak menguatkan keazaman melawan kelat mata. Bingkas bangun, cuci apa-apa yang patut, terus ke dapur. Kangkung dan ayam, bahan utama yang bakal di cabuli dengan resepi bujang ala mak bapak yang masak. Output akhir ; kangkung masak belacan, ayam masak asam pedas, ayam digoreng dengan tepung sedia adun, dan masih lagi ayam iaitu telur ayam dadar. Sedap. Bukanlah makanan yang mengecewakan untuk memulakan hari pertambahan usia. Syabas kepada rakan-rakan bujang dari Batu Pahat yang hebat memasak.

SMS diterima dari seorang sahabat, Kafak, mengundang makan malam santai bersama Nik Aziz ( salah seorang sahabat lama sewaktu di Shah Alam ) dilokasi sekitar Damansara. Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perjalanan ke lokasi agak menarik. Aku berada dalam keadaan 'trance' dimana sebelum memulakan perjalanan, shot yang diambil agak berlebihan. Ditambah lagi dengan peralatan yang sangat asing bagi aku. Gelisah sepanjang perjalanan, perut memulas-mulas, kadar degupan jantung turun rendah agak drastik. Ah..sudah... Peluh-peluh od bertompok didahi dan belakang badan walau pun ketika itu kereta cik Misi menghamburkan udara sejuk nyaman dari bolongan saluran penghawa dingin. Kerisauan akan kegagalan mengawal trance ini akan mengakibatkan aku terlepas peluang untuk santai bersama Nik Aziz, Kafak, cik Misi (asal pompuan mesti misi) dan seorang lagi rakan kepada Nik Aziz yang aku sendiri tak pasti akan namanya. Bukan selalu dapat duduk santai bersama rakan-rakan lama. Ternyata aku tetap dikecewakan oleh diri sendiri. Tidur bersendirian didalam kereta di lot parkir bawah tanah lebih dari satu jam. Bangun dengan kecelaruan, terus menuju meja dimana rakan-rakan sedang rancak berborak. Terima kasih cik Misi atas pint yang anda belanja. Pertemuan yang bagus, cuma aku yang tidak bagus... Alas...

The Don Tomas Allegro Maduro is quite a long name for a cigar but with so many brands to choose from you have to be somewhat distinctive so that people will remember you. This cigar lives up to it’s long name and long well deserved reputation of the Don Tomas brand. The size of the cigar was the Robusto which measures 5 1/2” x 50 ring gauge. This is another great cigar from the folks at the General Cigar Company. It comes packed in a nice black aluminum tube lined with cedar and cork on the tube cap to guarantee freshness.
Flavor and Aroma
This yet another maduro cigar that will surprise you with how light and smooth it is. This is very similar to another General Cigar brand, the Macanudo Hyde Park Maduro. The Maduro wrapper gives the cigar a touch of sweetness.


Review diatas dipetik daripada laman web Review of Don Tomas Allegro Maduro Cigar. Kenapa aku petik? Ini adalah ihsan daripada lagi rakan-rakan terdekat iaitu saudara Poligarang dan cik Farmasi. Mereka faham amat tentang kegilaan aku terhadap cerut/curut istimewa. Sama ada mereka sedar atau tidak, aku sedang berada didalam hari pertambahan usia aku dan menerima sebatang cigar yang berjenama agak sinonim didalam dunia curut/cerut ditemani 20cl Chivas Regal 12 years aged adalah token yang sangat mengembirakan. Cigar yang disiapkan dengan sentuhan balutan maduro, uncutted, dan bau yang sangat enak meskipun belum dijamah api lagi, estetika yang amat aku rindui dan didambakan daripada sebatang cerut/curut. Ahhhhh.... Sebatang cerut/curut yang seksi. Dan aku amat berpuas hati pada hari ini walaupun tidak sehebat manusia-manusia lain yang lebih meriah hari pertambahan usianya. Terima kasih rakan-rakan yang secara sedar atau tidak, telah sama-sama berada di hari itu bersama aku...

-catatan John si 'orang gila'-
-1627 April 21, 2009, wilayah separa sedar-

- CIGAR IS THE NEXT AND THE CLOSEST BEST THING EVER HAPPENED TO ME AFTER HEMP.. -

- TRAGIC FIGURE -

- TRAGIC FIGURE -


Up side down?
Don’t take not one step to affront anymore
Not to even add on the momentum
Alas, where am I?
So must I at the middle now?
Just if I don’t know where’s the beginning nor the end
And owh yes my friend, I loves the beginning
Where the anticipation of the out comes is everywhere in the air
Where everything is empty is rather a clearer view

And I will tell you the matter of the end
It’s where the emptiness been fully occupied
With all sorts of sins, immorality, dark politics and social sickness

Should I ever love the end?
Nay, and nor should anybody

And when the end is the beginning
That I’ve to end everything for a beginning
And I’ve to begin to end everything
Only then will I love the end

Alas, please do tell me where I am, my friend
After all, I can’t see the beginning nor the end
So, where do I belong to?
Only in a scrap of memento?

My friend, it’s time to suffer…

Hold your glass up above your head and salute…

For I, as you always reckoned, am a tragic figure…

-catatan John si 'orang gila' aka bubuk beras-
-2341 Julai 25, 2008, wilayah separa sedar-

Friday, May 8, 2009

- PELANGI KEKITAAN -

Isnin, 2009 April 13

- PELANGI KEKITAAN -


Jangan dijolok aku sebagai si antagonis
Hanya kerna aku cuba menghentikan masa
Menjadi sang pengail pelik
Memancing kembali memori-memori kekitaan
Ditengah-tengah bancuhan kopi zaman didalam cangkir berkarat dunia
Daripada dihirup bibir merekah berkumis gergasi hitam masa
Dan ditelan bolongan tekak peredaran
Maka maafkan canggungku

Telah dua puluh delapan tahun aku merayau melata dibumi tuhan
Yang juga dahulunya didiami para Anbia
Mencari dan mentafsir entiti
Cuba memenuhi kekosongan identiti
Layaknya sang mondok mencari butiran jagung diburitan kapal pedagang timah
Tiada diketemukan melainkan sundalan percanggahan

Aku amat menyintaimu
Engkau adalah aku
Dan aku adalah kita
Kita adalah warna-warna bendera pelangi
Tujuh warna kurniaan langit tanpa cela
Dipuja seraya dicemburui

Maka damailah kita umpama embun dengan daun
Hiduplah kita diantara cakerawala tanpa canggung
Melatalah dengan bebas hingga sampai hari pengakhiran...




-DIHARAP SARANG SENI PEKIK MENJADI SEBUAH MEJA GERGASI DIMANA PENULISAN DAN INFORMASI DIDALAMNYA ADALAH HIDANGAN MINDA YANG TERAMAT LAZAT YANG MENARIK SEMUA INDIVIDU UNTUK DUDUK BERSAMA SECARA DAMAI SAMBIL BERKONGSI MENIKMATI KEPELBAGAIAN HIDANGAN MINDA YANG TERSAJI-
Posted by pekik si pekong at 12:28

Wednesday, May 6, 2009

- TULIS MACAM ORANG STIM SETENGAH JALAN PUN KIRE SENI KE? CIT! PODAH!!! -


Salam dan segala kebaikan dicurahkan dari langit keatas penghuni SSP juga sekelian makhluk.

Ada lagi komen-komen membunuh yang masih kedengaran melalui pelebas-pelebas udara ke ruang sempit telinga. Aduhai... Makanya tidak kah ada ruang bagi makhluk-makhluk yang masih menggunakan bahasa yang masih boleh difahami sebagai pengantara, walaupun setengah akalnya, walaupun didaftarkan sebagai OKU, walau apa pun 'state of being' individu tersebut, untuk berkongsi apa-apa yang individu tersebut maksudkan sebagai seni?

Makanya harus dikeluarkan album Stevie Wonder dari rak-rak di kedai music valley, tower records atau kedai brader atas terminal bas Daerah Batu Pahat. Dan tak perlu disebutkan satu persatu nama-nama gah mahupun separa gah insan-insan seni yang kurang normal (itu dari apa yang si pengulas culas yang hanya tau memberi kritikan dan prasangka buruk, pandang dan diberi perhatian, bukan hasil seni itu sendir yang dinilai) yang perlu di buang dari senarai-senarai insan seni yang telah diperakui.

Sedangkan di Jepun, memasak juga satu bidang seni. Malahan untuk menyuap makanan pun terlalu banyak seni halusnya dan telah diperakui di seluruh dunia. Jadi, jika seorang pemasak itu hanya bertangan sebelah, adakah seni memasaknya tidak boleh diiktiraf? Sebagai mana di India, bersetubuh juga seni. Makanya jika si 'pengkritik hebat' itu tadi mempunyai masaalah pancutan kurang matang, harus dia tidak layak untuk terus bersetubuh kerana kekurangan bakat untuk bersetubuh.

Pendek dan dangkal. Berkali-kali dinasihatkan orang tua, berhati-hati bila bercakap. Jangan diguriskan hati individu lain. Tetapi aduhai, masih berlaku perihal retorik yang sama. Jadi dimanakah ruang untuk memperbaiki seni itu dan melihatnya semula dari perspektif yang berbeda-beda sesuai dengan peredaran zaman dan kehendak peminat seni itu sendiri? Adakah hanya didinding-dinding hancing yang dipeleti tahi di stesyen minyak Shell Jalan Zabedah (kini telah dirobohkan dan menjadi medan parkir Summit Parade)? Pantaskah hasil seni hanya didapati di tempat-tempat najis?

Jika tidak senang akan kehadiran nukilan-nukilan beraroma puisi (yang dilabelkan oleh penulis itu sendiri) di dada blog ini, maka pohon lah kepada saudara UKK untuk membatalkan hak bagi menulis di ruangan terbatas blog Sarang Seni Pekik ini atau minta DBP untuk mengeluarkan satu garis panduan estetika seni bagi mengukur samaada itu seni atau sampah. Sehingga perkara itu terealisasi, pasti akan hadir puisi-puisi separa sedar yang baru.....

- BAHASA MELAMBANGKAN JIWA ( PANAS DARI MATAHARI BOLEH DIRASA, PANAS DALAM HATI SIAPA YANG TAU? ) -

Bro, bahasa biar cantek sket bro... Panas ni!!

Biasa.. Perkataan seperti diatas boleh dikatakan hampir sinonim dengan kehidupan seharian kita. Perkataan yang disusun menjadi ayat, dihamburkan sebagai satu amaran atau 'warning' tentang ketidaksabaran (?) atau keadaan yang hampir kepada hilang pertimbangan dek amarah. Tidak kira apa bahasa yang kita ungkap kan, samaada Bahasa Melayu, Mandarin, Kanton, Urdu, India, bahasa pasar Daerah Batu Pahat, dan seterusnya, seringkali akan memberi diantara dua impak ini, pertama : setiap bait-bait perkataan itu difahami dan maksud ayat itu tercapai. Kedua : perkataan dan ayat yang dihamburkan tidak sampai maksudnya dan disalahertikan.

Keadaan yang pertama tadi biasa nya berlaku diantara murid dan guru bahasa di dalam kelas. Tiada situasi yang pelik biasanya yang berlaku didalam keadaan pertama tadi. Malah kejayaan penyampaian objektif diantara pengungkap dan pendengar tercapai hampir 100%.

Tetapi bagi situasi kedua, biasanya berlaku dikalangan peneraju-peneraju, penggikut, pengambiltahu, penyibuk, dan dikalangan individu-individu yang kononnya prihatin didalam komuniti yang sangat daif dan kecil di Daerah Batu Pahat. Keadaan atau atmosfera ketika itu akan menjadi sangat pelik. Terutama bila situasi tersebut berlaku dikalangan pemikir-pemikir haluan tidak 'mainstream' Daerah Batu Pahat. Seringkali apabila sesuatu ayat yang dihamburkan atau secara tenang dizahirkan, dan berpendirian kontra dengan apa yang difikirkan oleh pihak yang mendengar/membaca, akan disalah ertikan.

Salah satu insiden tentang keaadaan kedua ini berlaku baru-baru ini. Apabila sang pengungkap menyatakan sebuah teori yang amat radikal dan bertentangan dengan fahaman bulat-bulat sang pendengar. Maka tujahan-tujahan retaliasi pendengar di hamburkan secara sinis kepada sang pengungkap tadi. Maka bibit-bibit hancing permusuhan mula dapat dihidu. Maksud dan objektif yang diungkap kan sang pengungkap secara individu disalahertikan menjadi teori yang mewakili kolektif. Tidak, perlu sekali dinyatakan disini, bahawa penulisan ini TIDAK membontoti telunjuk atau bertujuan membuka dan menggundang satu lagi medan perdebatan yang berbaur permusuhan. Tetapi semata-mata mengekspresi kekesalan dan rasa kasihan kepada komuniti kecil dan daif Daerah Batu Pahat.

Apakah tiada pelajaran yang diajar oleh peristiwa lalu yang boleh dijadikan sebagai satu garis panduan hidup secara damai? Dimana satu masa dahulu, Daerah Batu Pahat yang tidak dikenali, menjadi sebutan bibir-bibir merekah, tentang komuniti kecil bawah tanah yang semakin gah dengan kugiran-kugiran anak jatinya dan kelompok-kelompok pemikir zaman pencerahan, ditengah-tengah pendakian mencari kegemilangan, hancur dek salah faham yang maha menjejaskan.

Kini lebih sepuluh tahun episod sebu itu telah ditinggalkan, aduhai, masih terdapat segelintir individu yang tidak belajar. Tidak menghormati pendirian dan hak individu lain. Terlalu taksub dengan pemikiran sendiri sehingga pemikiran individu lain dianggap berengga melata di tong-tong sampah busuk! Benar, bertukar-tukar pendapat akan mengembangkan lagi minda, tetapi pertukaran pendapat di Daerah Batu Pahat dilihat seperti bertukar-tukar tikaman, tembakan, ludahan atau apa-apa yang sinonim dengan maksud melukakan yang mengundang permusuhan dan benci yang maha meruntuhkan.

Harap tari bahasa yang kita selalu ungkapkan seharian seindah apa yang kita rangka kan untuk ditulis. Walaupun yang pasti setiap kata didatangkan dengan maksud, harap maksud itu tidaklah disalahertikan menjadi bibit-bibit pencetus amarah diantara kita.

Masa sudah 'time'. Penulisan ini perlu dihentikan kerana keizinan daripada bekas wang teramat terbatas. Sepatutnya penulisan ini harus siap ditulis dahulu sebelum di kirim di kafe siber berbayar agar tiada berlaku pembaziran masa dan wang. Alas... (bodohnye aku!)

- SEMATA-MATA LUAHAN KESAL INDIVIDU KECIL YANG SERING DICEBIK, DIMEMEK, DIBENCI DAN DI KOTAK-KATIK KAN. TIDAK MEWAKILI MANA-MANA INDIVIDU LAIN, PERTUBUHAN KERAJAAN ATAU NGO. SEKADAR SIMPATI DENGAN DIRI SENDIRI DAN DAERAH BATU PAHAT YANG NAIF -