Friday, April 9, 2010

-BULAN: SEBUAH HADIAH UNTUK RAKYAT-



-BULAN: SEBUAH HADIAH UNTUK RAKYAT-

Sanggupkah kau memikul bulan bersama ku?
Bulan yang seharian kita lelah mengaitnya turun
Setelah ia kita tiarakan dengan khazanah ilmu dan sejarah
Lalu dengan amanah kita persembahkan kepada rakyat
Sebagai refleksi diri, pedoman juga tauladan

Andai lautan menjadi penghalang
Sanggupkah kita terus menyeberang
Dengan gagah,
Dengan berani,
Tanpa mati?

Sanggupkah kau menulis semula
Sejarah murka kota gila
Dengan darah para saudara
Yang gugur semasa menuntut keadilan
Yang mati semata bendera [parti] ditangan
Ghazal merdeka diganti desirdesir fitnah
Yang dilagukan melodi kematian
Dalam runut runut nota derita

Jangan seentengnya kau kira ini hanya ilusi
Tentang negara yang utopia
Versi anak muda pasca merdeka
Yang terbasuh pergi dengan kemewahan abad dan dekad
Tidak hanya tersisa lekat dibawah gebyar usang para yatim
Agar dihati tetap ada mimpi
Untuk dikejar menjadi realiti
Bukan lagi negara berbapa celaka
Bukan lagi raja sewenang takhta
Bukan lagi kita rakyat teraniaya

Wahai saudara saudari ku
Pertanyaan ku tetap kekal satu
Sanggupkah bulan itu kau pikul bersama ku?

-catatan Pena Gibril a.k.a Johnny Boy-
-0942 Sabi Mac 27, 2010, wilayah separa sedar-


No comments:

Post a Comment