Sunday, September 13, 2009

- HATI YANG DIKUTUK BENCI -

-HATI YANG DIKUTUK BENCI-

i
Oh hati
Hati yang menyatakan cinta dengan gembira
Hati yang sering terpinggir dan derita
Hati yang menyimpan lambakan memori
Hati yang terus dikhianati
Hati yang terhumban menjunam
Hati ini lah didalam genggaman
Disambut dari ludahan langit koyak

Sering kali disini
Aku cuci segala kotoran perjanjian yang dimungkiri
Di mata air ini yang setia menyatakan simpati
Dan disetiap kali itulah
Kengiluan yang sama menyiat-nyiat
Menyatakan benci pada hati

ii
Mengapa perlu ada hati?
Jika hanya untuk dilontar ke langit
Dan dikutip semula setelah terhempas
Lalu kembali dilontar ke langit berharap disambut

Mengapa perlu ada hati?
Memang jika hati tidak diperlukan lagi

Menjeritlah yang termampu
Khabarkan kepada si pekak dan si buta
Katakan hati itu karut
Agar lebih mudah mereka didunia yang asing
Katakan hati itu batil
Nyatakan yang akal itulah yang sebenar

iii
Hati yang mengiakan dusta
Permainan yang sering ke arah kehancuran

iv
Oh hati rahsia rumah jiwa
Yang dulunya bergemilau
Menemani siang sepi dan malam binggar
Dan syair-syair cinta tentang kau dan bintang
Kini bergilir-gilir memanggang hati
Mengugut maut pada perasaan

Kau telah mencacatkan hati ini
Banyak yang kau bawa pergi
Setiap kunci rahsia kewarasan
Kau rompak sendi-sendi dari kehidupan
Memasong hati tanpa salah
Sementara aku terus terhapus
Dan bersatu dengan pasir-pasir sungai

v
Aku berputar-putar mencari di dimensi polos
Kearah hilangnya titik buta
Biarlah hati itu mencair ke longkang
Dan biarlah perasaan menjadi alas buntut di tandas-tandas awam
Di setiap cukupnya waktu
Aku akan tetap berangkat pergi
Meninggalkan kehangatan tipu helah
Menganuti cengkaman sejuk kebenaran
Sehingga aku menerima janji
Biarlah aku nikmati pedih perih terluka
Kerna aku telah tidak mampu tawar bisa hati ini…

vi
Oh hati yang gila…


-catatan John si ‘orang gila’-
-0159 November 01, 2009, wilayah separa sedar-

3 comments:

  1. salam john,

    sangat menarik,
    sekala ku berselingkuh di sini,
    pasti puas membaca puisi-kau,

    kupasti kau benar-benar separa sedar ketika menaip tarikh bikin puisi ini.

    ReplyDelete
  2. memang separa sedar..
    1 november 2009?
    ke saya y salah tarikh?
    hati memang gila..

    ReplyDelete
  3. subhanallah....ahahahah...mungkin api itu aku bakar sehingga mencairkan sorga, terlebih ke arah 'trans' yang sentiasa menyediakan taman-taman indah untuk bermain bersama rama-rama mekanikal...terima kasih kepada 'jane' yang sentiasa menemani aku didalam waktu-waktu aku di wilayah separa sedar untuk menulis, kepada 'jane' : kau lihat apa yang terkesan kepada aku kerana kau?ahahah : )

    sepatutnya pada september...
    terlalu bersedih barangkali...ahahah...

    dah hati sebenar-benarnya memang gila...

    ReplyDelete