Tuesday, September 29, 2009

- KITAR -

- KITAR -

Di kala bintang bertembung
Rembulan termenung
Aku dilahirkan semula
Dari debu-debu dan sisa cahaya malap
Menyentak lena tidur
Para astronomer

Tendang
Berselerakan
Tengkorak monyet
Matinya untuk apa?
Ditertawa diagah dalam kolong-kolong zoo
Dan aku juga
Pernah dilahirkan disitu

Katakan juga aku pernah
Lahir didalam kantung-kantung wang kapitalis

Aku juga ingat
Pernah duduk dibangku ketua
Didalam tokong tiga maharaja
Asap dupa yang terkepung
Aku pernah lahir disitu
Diantara buah-buah labu
Dan sang unikorn pemalu

Aku juga pernah terhimpit
Diantara jarum dan urat penagih
Menelan ‘high’ sebelum tuannya
Diantara cairan heroin dan jarum picagari
Diantara khayalan dan lebih khayalan
Aku pernah lahir disitu

Dan aku tidak mau jemu
Berkali-kali musnah lahir semula
Biar diperdu ilmu
Atau jamban percuma
Aku sedia lahir disitu
Biar azab datang yang berbeda
Diantara hina dan mulia
Aku masih mahu lahir semula

-catatan John si ‘orang gila’-
-0446 Sabi Sept 26, 2009, wilayah separa sedar-

2 comments:

  1. aku mahu jadi pokok!
    xnak lah.
    jadi bulan!

    ReplyDelete
  2. kamu jadi lah jiwa didalam jiwa..dan dari situ, pastinya kamu tidak akan mahu jadi apa-apa benda yang pernah tercipta didalam dunia ini...pasti! : )

    ReplyDelete