Saturday, November 14, 2009

-KAPAL SELAM KU LAMA TELAH BERLABUH chapter II- ~SAUDAGAR DAN KENDERAANNYA~

-KAPAL SELAM KU LAMA TELAH BERLABUH chapter II-
~SAUDAGAR DAN KENDERAANNYA~

Aku kemudi kapal selam ku laju
Mengharung malam-malam sendirian di lautan tanpa lampu
Horizon terbentang seluas minda
Tiada apa yang lebih besar dari idea
Dihadapan kau, aku saudagar paling berjaya
Tak mungkin aku rugi
Kerna [aku] tidak punya apa-apa
Aku hanya berdagang mimpi

Urban mencebik aku tua
Tak perlu teruja
Akulah derap mengekori detak masa
Tak perlu aku tergesa, pasti tetap aku ke destinasi
Berladang imaginasi, menuai mimpi

Akhirnya aku berjaya melintasi
Satu lagi malam sendirian di lautan tanpa lampu
Berkenderaankan kapal selam ku laju
Membawa dagangan seladang mimpi

-catatan John si ‘orang gila’-
-0120 Sabi Nov 14, 2009, wilayah separa sedar-

2 comments:

  1. berapa puluh guni mimpi yang kau bawak
    dan selaju mana kapal selammu
    semua mimpi mimpi itu
    benih yang akan bertunas
    dan aku plak akan jualkan buahnya nanti ya

    ReplyDelete
  2. benihnya tak kan bertunas...kerana selalunya dibuang terus ke dalam ashtray...
    dan tak mungkin berbuah...kerana pohon nya memang tidak berbuah...heh... ; )

    tapi terpulang pada imaginasi dan mimpi mu, mana tahu mungkin pohon nya berbuah ayam atau saja lembu...heh... ;p

    ReplyDelete