Friday, March 5, 2010

-KARMA (ATAU KAH SUMPAHAN?)-

-KARMA (ATAU KAH SUMPAHAN?)-

Dihujung titi sana
Aku terlihat segala derita
Tersingkap semua hijab
Siungsiung terbenam
Menyedut kering tanah kontang
Petani yang semakin terhalau
Dan peniaga lemas laba

Aku berimajin
Gerombolan arnab merah
Gebu dan berpihak rakyat
Menggetus dagingdaging haram politikus
Dalam kepantasan lipas membesar
Memancutkan segala yang terampas
Agar dipulangkan kepada si jelata
Lalu berkisar lah angin membawa khabar keadilan

Apakah nasib anakanak ikan
Yang kental hidupnya
Didalam perairan toksin urban
Atau dugong yang terjerat di selat
Juga teritip berumah baru di tiang batu
Menyaksikan emas hitam
Dihirup paip bersaiz mega
Pantai yang terhakis maupun ditimbus
Segalak engineer tertawa
Dan cerucuk yang kuat menyetubuhi dasar samudra

Dan...
Dan aku seakan histeria
Mendengar lolongan mendayu sedih
Kempas
Gaharu
Lampong
Meranti
Cengal
Kuin
Merbau
Kopak rosak ditentang lasykar timber bukan gerilya
Tanpa upaya bergerak menentang
Lantas menjadi pasak dirumah si kaya
Mengapa tidak digunakan juga di kuburan?
Mau saja aku berbisik
Bahawa kau adalah dari kaum tree-herder
Agar bisa kau gagah mencabut akar mu
Lalu kau tijakpenyet mereka yang mencabul itu

Mendung tega mendatang
Awan membondong membawa bayu hujan
Ah celaka! Hujan pun sudah masam
Bagaimana bisa buah cili ku membesar?
Langit kini tidak seramah dulu
Khabar yang dibawa sering tidak berpihak kita
Tidak, langit tidak berdosa
Tapi si botak celaka punya kilang besar disana

Kata ayah;
Kehangatan adalah keselesaan
Tetapi kehangatan juga bisa merentongkan yang leka
Aku jadikan azimat
Agar aku tidak serta tidur terlalu lena
Sebelum kemusnahan menjadi karma

-catatan Johnny Boy-
-0038 Sabi Mac 06, 2010, wilayah separa sedar-

2 comments:

  1. johny o johny asah lagi penamu, tenggorokan masih kering, masih mau basah..hey ho!

    ReplyDelete
  2. ah kamu!masih lagi membaca penulisan separa gila ini?...terima kaseh kerana terus disini... :)

    *respect!

    ReplyDelete