Saturday, March 27, 2010

-DOA BUAT DUNIA-


-DOA BUAT DUNIA-

Apa khabar wahai dunia?
Ceritacerita hari tua
Mengiringi lewat uzurmu
Dulu penuh kehidupan
Yang hanya sejarah tanpa bukiti kini;
Fundamental laluan generasi dan peradaban
Menghiasi prop dan kostum pentas mu
Dalam warnawarna artifisial
Bertambah aneka kian harinya

Itu bukan yang kau mahu
Sekurangkurangnya tidak begini
Aku dengar rintih mu
Aku kesah derita mu
Waktu dengan patuh menceritakan
Keranapan tertanggung semesta alam
Kau menangis saban tika
Namun masih kau percaya akan harapan
Buat Ibn Adam, Ibn Yaakob, Ibn Muhammad
Sesubuh lagi menatap dada
Dalam limpah kurnia matahari
Yang tak ‘kan disyukuri

Aku kaku
Tersentuh dengan kesungguhanmu
Berkhidmat hingga yang dipanggil kiamat
Salam dan derha buat mu dunia
Salam dan redha buat mu Ibn Adam, Yaakob, Muhammad
Semoga sedar tiba sebelum waktu
Semoga kita menikmati ketenangan
Di dalam perdamaian kampung dunia

Senyumlah wahai dunia
Senyumlah bersama
Meski ku sedar kau terlalu derita
Lupakan cerita jagat sejarah khianat
Kerna bukan hanya aku yang percaya
Terdapatnya harapan baru dan doa buatmu, dunia

Salam dan semoga sejahtera wahai dunia tua...

-catatan Johnny Boy-
-1745 Sabi 27 Mac, 2010, wilayah separa sedar-
-dalam usaha menyokong EARTH HOUR jam 2030 hingga 2130 MAc 27,2010-

3 comments:

  1. sila padamkan lampu, tv, laptop dan segala aparatus elektrikal anda...jam 830 hingga 930 mac 27,2010 dalam menyokong EARTH HOUR 2010!

    ReplyDelete
  2. dunia tgh jawab salam...pesan dia.."jgn slalu maen kapal selam"..hahah

    ReplyDelete