Thursday, March 4, 2010

-PROPESI IIV: PLANET X-





-PROPESI IIV: PLANET X-

Aku petik jari snap!snap!snap!
Mengikut detak konsistensi celaru lensa
Aku simpan bintang berguguran
Bagi berhadapan kosmik yang merunsingkan
Angkasa gelap bisu menelan supernova
Hilang pancaindra
Galaksi hilang arah

Navigasi lautan terhenti
Kerna burujburuj telah terjual. Sunyi...
Tanah terhapus dari peta
Ke mana harus aku rujukkan
Gemersik cakapcakap dalam senandung ekuesyen
Lengkap semua makhluk berkatakata
Berbahasa pelik merintih ngeri. Aneh!

Helaian kertas luminasi
Hadir dalam warnawarna nadir arkilik
Mencuca dalam mesra tembakan rambang bergrid elektron gun
Bertujuan membidik planetari terjauh jutaan tahun cahaya
Hingga aku benarbenar percaya
Galaksi [planetari] terkompak dalam kotak tv
Dan; ada arnab di bulan?

Mari aku tegaskan
Penyelesaian sengit antara ketidakwajaran
Atau sogok saja sang penguasa dengan bir cap gadjha
Tiada siapa akan peduli atau mahu peduli
tentang kecelaruan kosmik dan galaksi
Tidak kau dan mustahil sang penguasa tadi
Kerna panik adalah perniagaan; cukuplah sekadar berkata "Kami mengetahui..."

-catatan Johnny Boy-
-2328 Seli Feb 16, 2010, wilayah separa sedar-


No comments:

Post a Comment