Saturday, March 27, 2010

-DOA BUAT DUNIA-


-DOA BUAT DUNIA-

Apa khabar wahai dunia?
Ceritacerita hari tua
Mengiringi lewat uzurmu
Dulu penuh kehidupan
Yang hanya sejarah tanpa bukiti kini;
Fundamental laluan generasi dan peradaban
Menghiasi prop dan kostum pentas mu
Dalam warnawarna artifisial
Bertambah aneka kian harinya

Itu bukan yang kau mahu
Sekurangkurangnya tidak begini
Aku dengar rintih mu
Aku kesah derita mu
Waktu dengan patuh menceritakan
Keranapan tertanggung semesta alam
Kau menangis saban tika
Namun masih kau percaya akan harapan
Buat Ibn Adam, Ibn Yaakob, Ibn Muhammad
Sesubuh lagi menatap dada
Dalam limpah kurnia matahari
Yang tak ‘kan disyukuri

Aku kaku
Tersentuh dengan kesungguhanmu
Berkhidmat hingga yang dipanggil kiamat
Salam dan derha buat mu dunia
Salam dan redha buat mu Ibn Adam, Yaakob, Muhammad
Semoga sedar tiba sebelum waktu
Semoga kita menikmati ketenangan
Di dalam perdamaian kampung dunia

Senyumlah wahai dunia
Senyumlah bersama
Meski ku sedar kau terlalu derita
Lupakan cerita jagat sejarah khianat
Kerna bukan hanya aku yang percaya
Terdapatnya harapan baru dan doa buatmu, dunia

Salam dan semoga sejahtera wahai dunia tua...

-catatan Johnny Boy-
-1745 Sabi 27 Mac, 2010, wilayah separa sedar-
-dalam usaha menyokong EARTH HOUR jam 2030 hingga 2130 MAc 27,2010-

-SUNYI; SATU PENENTANGAN-


-SUNYI; SATU PENENTANGAN-

Rasa sarat di kepala sehingga tidak diketahui butirannya
Satu rasa yang semak, tapi indah
Pertanyaan berjawapan ala kadar
Captions berulang dalam kepantasan supernova
Menggauli warnawarna dalam erti sebenar kecamukan
Bila meletakkan harapan sebagai suluhan
Masa akan menjadi penyangak utama
Mencuri disetiap kesempatan; nafasnafas bertukar cemoh meluat...
Kita pusing, bila tersunyi
Namun dominan; perasaan cinta kesunyian dan kuasa mengawal, sebagai okestra iringan...

Mabuk lidah membeliti fakta
Khayalan menyinggah berumah benar
Untuk kita jualkan kepada pemain string bonekaboneka ajaib
Cerita yang dalam pementasan adalah kita
Berbondong bermogamoga dikabuli dunia
Dan kesannya kita kesali berzamanzaman
Katakata indah, buat kita terbungkus rapi
Berdiri sebagai satu rejimen laskar kayu
Anthem yang kita lagukan adalah milik orang, sampai bila pun milik orang...

Mahukah kita terus akur, berfikir tanpa bertemankan jawapan
Cerita antara kita pada waktu akhir sebelum kita ucapkan selamat jalan?

Sunyi... Berkhayal lagi tentang memori
Lunaskan rindurindu pada tangan yang seiringan
Bila udara kita kepal; kita isyaratkan satu penentangan...

-catatan Johnny boy-
-1912 Sabi Mac 27, 2010, wilayah separa sedar-

Friday, March 5, 2010

-KARMA (ATAU KAH SUMPAHAN?)-

-KARMA (ATAU KAH SUMPAHAN?)-

Dihujung titi sana
Aku terlihat segala derita
Tersingkap semua hijab
Siungsiung terbenam
Menyedut kering tanah kontang
Petani yang semakin terhalau
Dan peniaga lemas laba

Aku berimajin
Gerombolan arnab merah
Gebu dan berpihak rakyat
Menggetus dagingdaging haram politikus
Dalam kepantasan lipas membesar
Memancutkan segala yang terampas
Agar dipulangkan kepada si jelata
Lalu berkisar lah angin membawa khabar keadilan

Apakah nasib anakanak ikan
Yang kental hidupnya
Didalam perairan toksin urban
Atau dugong yang terjerat di selat
Juga teritip berumah baru di tiang batu
Menyaksikan emas hitam
Dihirup paip bersaiz mega
Pantai yang terhakis maupun ditimbus
Segalak engineer tertawa
Dan cerucuk yang kuat menyetubuhi dasar samudra

Dan...
Dan aku seakan histeria
Mendengar lolongan mendayu sedih
Kempas
Gaharu
Lampong
Meranti
Cengal
Kuin
Merbau
Kopak rosak ditentang lasykar timber bukan gerilya
Tanpa upaya bergerak menentang
Lantas menjadi pasak dirumah si kaya
Mengapa tidak digunakan juga di kuburan?
Mau saja aku berbisik
Bahawa kau adalah dari kaum tree-herder
Agar bisa kau gagah mencabut akar mu
Lalu kau tijakpenyet mereka yang mencabul itu

Mendung tega mendatang
Awan membondong membawa bayu hujan
Ah celaka! Hujan pun sudah masam
Bagaimana bisa buah cili ku membesar?
Langit kini tidak seramah dulu
Khabar yang dibawa sering tidak berpihak kita
Tidak, langit tidak berdosa
Tapi si botak celaka punya kilang besar disana

Kata ayah;
Kehangatan adalah keselesaan
Tetapi kehangatan juga bisa merentongkan yang leka
Aku jadikan azimat
Agar aku tidak serta tidur terlalu lena
Sebelum kemusnahan menjadi karma

-catatan Johnny Boy-
-0038 Sabi Mac 06, 2010, wilayah separa sedar-

Thursday, March 4, 2010

-PROPESI IIV: PLANET X-





-PROPESI IIV: PLANET X-

Aku petik jari snap!snap!snap!
Mengikut detak konsistensi celaru lensa
Aku simpan bintang berguguran
Bagi berhadapan kosmik yang merunsingkan
Angkasa gelap bisu menelan supernova
Hilang pancaindra
Galaksi hilang arah

Navigasi lautan terhenti
Kerna burujburuj telah terjual. Sunyi...
Tanah terhapus dari peta
Ke mana harus aku rujukkan
Gemersik cakapcakap dalam senandung ekuesyen
Lengkap semua makhluk berkatakata
Berbahasa pelik merintih ngeri. Aneh!

Helaian kertas luminasi
Hadir dalam warnawarna nadir arkilik
Mencuca dalam mesra tembakan rambang bergrid elektron gun
Bertujuan membidik planetari terjauh jutaan tahun cahaya
Hingga aku benarbenar percaya
Galaksi [planetari] terkompak dalam kotak tv
Dan; ada arnab di bulan?

Mari aku tegaskan
Penyelesaian sengit antara ketidakwajaran
Atau sogok saja sang penguasa dengan bir cap gadjha
Tiada siapa akan peduli atau mahu peduli
tentang kecelaruan kosmik dan galaksi
Tidak kau dan mustahil sang penguasa tadi
Kerna panik adalah perniagaan; cukuplah sekadar berkata "Kami mengetahui..."

-catatan Johnny Boy-
-2328 Seli Feb 16, 2010, wilayah separa sedar-


Tuesday, March 2, 2010

-ESPIONAJ!: ELIT DI KOTA-

-ESPIONAJ!: ELIT DI KOTA-

Di kota gelisah meminggir
Melayan putik deria rasa
Zes lemon beradu hangat kulit jari
Merojakkan satu aroma
Dimana mana bangunan mencarik langit
Menjulok bintangbintang
Sunyi bukit dicabul mulut gelojoh mengunyah

Pohon palma artifisial
Berduri bulba bulba cahaya
Menyapu langit dan langit,
Menggambarkan harapan plastik para bohemian
Teraspirasi dalam kepul reputasi sebatang Havana
Menjadi gebyar imaginasi:
Tentang hagemoni
Tentang cinta
Tentang kota
Tentang lara

Tapi kenapa mesti lara?
Dalam pikuk memesan makanan?
Dalam keramaian berkumpulan?
Dalam keghairahan merakus pinggan
Menjustifikasikan penyisihan rakan

Hahaha... Mari bersama si bukit menjerit
Seiring mentertawakan peradaban
Kliseklise ekslusiviti memilih rakan
Dalam kehidupan malam para intelektual urban
Hahaha... Kita [aku]ketawa sampai pengsan

-catatan Johnny Boy-
-2145 Sabi Feb 27, 2010, Gasoline, sebuah bukit sekitar Ampang-

-ESPIONAJ!: PANIK DI KOTA-

-ESPIONAJ!: PANIK DI KOTA-

Aku sunyi
Sendirian dijalan mati
Antara Annexe dan tamadun malam hari
Kereta limpas tapi aku masih sendiri
Takut: aku letakkan jauhjauh
Dalam poket beg lusuh
Plastik pembalut legasi Pramoedya aku alaskan buntut
Bagi mencairkan bekubeku kahak diskusi
Lampu neon meminjamkan cahaya sebagai gebyar
Selimut simpan sisa revolusi bagi hari esok
Aku bukan merungut, dah kau yang kata; apa apa cakap...

Mungkin kah kota ini bukan semesra dulu
Atau aku sahaja yang berprejudis?
Jemput aku naik,
Aku kesejukan dibawah ini...

-catatan Johnny Boy-
-2325 Jumi Feb 26, 2010, bulavar antara Pasar Seni dan bangunan Annexe-