Sunday, July 19, 2009

-RUMAH HATI KELABU JINGGA-

-RUMAH HATI KELABU JINGGA-

Tika ini terpandang jauh
Hampir tak tergapai jemari mulus
Aku tertawa kebodohan sendiri
Kian lama bertukar tangis tragis

Rumah hati yang tak aku kenali
Berwarnakan kelabu jingga
Pintunya yang sentiasa terkunci
Menghalau setiap kedatangan pujangga

Aku cuba berlari
Menuju halaman kelabu jingga
Warna bunga warna hati
Melambai permainya pelangi

Rumah hati yang tak aku kenali
Terasa menjauh walau aku cuba mendekati
Berwarnakan kelabu jingga
Dan pintunya sentiasa terkunci...

-catatan John si ‘orang gila’-
-2215 Julai, 19, wilayah separa sedar-

3 comments: